<body>
Hello dude.
You've visited to nonistories.blogspot.com.
Click follow to read the latest updates about her blog!
It will appear right in your blogger dashboard.

Navigations is on top of the post.
Best viewed in Google Chrome.
My personal site.
You are not allowed to right-click on my page!
online

Noni.
Girl with weird attitude.
| |

Shout with me.
Leave your message here. Foul language are not allowed here and no spamming too. Be aware~! CHATBOX HERE

Memories of mine.
Goodnight , Prefectsss :D Kawan Kaki Online :P I LIKE you ;P Unfriend ;( 10 Petanda Dia Jodoh Kita Thankyou My Otakkk ! Bad Dreammm =,= My Dayyyyy -,- I'm just sorry ! ThankYou for Making me Laugh !


Disclaimer.
Everything which found here is belongs to the Author Of This Blog, MaryChee. No copy paste or grabbing any stuff from here unless you get the permission from her.
It would be an idiot's job if you rip bits and bits of her layout without her prior notice.
Cukuplah Aku Menyintai Dalam Diam Friday, December 16, 2011 Friday, December 16, 2011 | 0 notes


Cukuplah kucintai dalam diam,
Bukan kerana membenci hadirnya,
tetapi menjaga kesuciannya.
Bukan kerana menghindari dunia,
tetapi meraih syurga-NYA.

Bukan kerana lemah untuk menghadapinya,
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup.

Cukup cintai dari kejauhan,
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian.
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan,
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga.





Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan,
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan.

Cintailah dengan keikhlasan,
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati.
Tetapi, sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi ? 

“.. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
(Al Baqarah : 216 )




Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.

Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri.







Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan.

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya.




“Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.”(Umar Bin Khattab ra)
 If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way




“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”(HR. Al-Hakim)

 Notes  : Sebelum tiba waktunya untuk kamu halal bersama si dia, tahanlah hatimu. Tahanlah perasaanmu. Jika perasaan itu tidak tertahan lagi, coretkan segala isi hatimu tentang cinta & rindu, tentang doa & harapanmu padanya dalam tulisan. Dan simpanlah warkah yang tidak beralamat itu sebaik mungkin.Apabila tiba saatnya kamu disatukan, maka serahkanlah segala isi hatimu itu padanya. Dia pasti bahagia menerimanya, tetapi jika waktu itu belum tiba. Biarlah ia menjadi RAHSIA antara dirimu dan Sang Pencipta sahaja kerana kelak jika dia bukan milikmu, bakarlah coretan itu bersama hilangnya wajah si dia dari hatimu. Jaga-jaga yer ? Kbyee.
add more notes